Skip to main content
Archive

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MESTECC MEI 2019

By 2019-05-27#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800p2930#30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +08005110514amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800p2930#/30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:29 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Pada 24 Mei 2019, bertempat di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1, Kompleks C, Putrajaya telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan MESTECC Mei 2019 bersama YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Majlis yang diurusetiakan oleh Bahagian Kewangan, MESTECC ini turut dihadiri oleh YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,  YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC, YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan YBrs. Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga).

Pada perhimpunan kali ini, beberapa Inisiatif MESTECC 2019 telah dibentangkan oleh wakil-wakil sektor sebagai perkongsian dengan warga MESTECC, seperti yang berikut:

  1. Sektor Tenaga > Inisiatif Kecekapan Tenaga
  2. Sektor STI > Inisiatif Penggabungan ARSM dan ANGKASA dan Program Malaysia Social Innovation (MySI)
  3. Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim > Ke arah Pembangunan Lestari
  4. Kecemerlangan Organisasi > Program Apprenticeship

YB Puan Yeo Bee Yin dalam ucapannya menekankan mengenai pentingnya seluruh warga MESTECC menjiwai inisiatif bagi tahun 2019 dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. YB Yeo Bee Yin turut merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Warga MESTECC dan memberi pesanan agar berhati-hati di jalan raya dan semoga pulang ke kampung masing-masing dengan selamat.

Dalam majlis perhimpunan kali ini, turut diraikan sambutan ulang tahun kelahiran YB Puan Yeo Bee Yin dan para pegawai MESTECC yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mei.