Skip to main content
Archive

Majlis Prapelancaran International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2019

By 2019-07-09#!31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800p3331#31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 13pm31pm-31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800542541pmWednesday=321#!31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800pAsia/Kuala_Lumpur1#January 13th, 2021#!31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800p3331#/31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Wed, 13 Jan 2021 14:54:33 +0800pAsia/Kuala_Lumpur1#No Comments

Pada 3 Julai 2019 bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangasa Kuala Lumpur (KLCC), telah berlangsung Majlis Prapelancaran International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2019 yang disempurnakan oleh  YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Memasuki tahun ke-10 penganjurannya, IGEM 2019 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 11 Oktober 2019 dengan tema ‘Innovating Sustainability’. Pengajuran kali ini menyasarkan transaksi perniagaan sehingga RM2.8 bilion, dengan penyertaan lebih daripada 350 peserta pameran dan 35,000 pelawat daripada lebih 35 negara. Setakat ini, 19 negara, 5 negeri dan 8 kementerian telah memberikan komitmen masing-masing untuk menyertai IGEM 2019.

IGEM yang dianjurkan oleh MESTECC melalui Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) ini merupakan platform perniagaan dan platform inovasi teknologi hijau yang terbesar di rantau ini bagi menarik para peserta industri utama dari seluruh dunia untuk mempamerkan penemuan terkini dalam teknologi hijau. Didorong oleh pertumbuhan pesat industri hijau ASEAN, IGEM berada pada kedudukan yang baik bagi membolehkan perniagaan memanfaatkan potensi yang besar dan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat teknologi hijau dan menjana pelaburan dalam sektor hijau.

Objektif utama IGEM adalah untuk menjadi hub teknologi hijau yang berkembang pesat di ASEAN. Pengisian IGEM 2019 akan fokus kepada inovasi dalam lima sektor utama teknologi hijau, yang merangkumi Tenaga Boleh Diperbaharu, Kecekapan Tenaga, Teknologi & Pengurusan Sisa, Pembiayaan Hijau dan Pembuatan Hijau.

Untuk maklumat lanjut mengenai IGEM 2019, sila layari www.igem.my atau hubungi igemgroup@greentechmalaysia.my