Skip to main content
Archive

Majlis Sambutan Jubli Perak bersempena 25 Tahun Planetarium Negara – Terukir di Bintang

By 2019-04-30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800p5930#30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +08004810484amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800p5930#/30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:48:59 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Planetarium Negara yang menjadi asas kepada pembangunan dan penjanaan ilmu dalam bidang sains angkasa lepas dan astronomi telah menjangkau usia 25 Tahun (1994 – 2019). Dengan tema ‘Terukir di Bintang’, Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Planetarium Negara telah diadakan pada 25 April 2019 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan atas peranan Planetarium Negara yang telah banyak memberi impak kepada industri tiga bidang utama iaitu penyelidikan astronomi atau astrofizik, pembangunan teknologi angkasa dan aplikasi angkasa.

Majlis Sambutan Jubli Perak ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri. Hadir sama semasa majlis ialah YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,  YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC, YBrs. Puan Anita Bahari, Pengarah Planetarium Negara dan rakan-rakan strategik Planetarium Negara.

Semasa majlis, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah telah melancarkan Buku 25 Tahun Planetarium dan Koleksi tudung berkonsepkan batik angkasa yang dikeluarkan oleh Kelab Planetarium (K-Planet). 

Majlis turut memberi penghargaan kepada Professor Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman, seorang ahli sains negara, seorang perintis dalam bidang Astrofizik negara, dan Ketua Pengarah Planetarium Negara yang pertama. Turut diaraikan semasa majlis ialah Tuan Haji Mohd Aris Atan, pereka Logo Planetarium Negara serta semua pihak yang terlibat dalam membangunkan teknologi angkasa negara.