Skip to main content
Archive

MESTECC Sertai Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441/2019M

By 2019-09-06#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800p4830#30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +08005710574amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800p4830#/30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:48 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC bersama-sama dengan warga MESTECC telah menyertai Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441/2019M yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 September 2019.

Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pada majlis sambutan ini, Baginda juga berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Antarabangsa 2019 kepada Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh iaitu Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Zaini Ujang, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Turut hadir ke majlis sambutan ialah YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” yang merupakan tema sambutan itu dipilih bertepatan dengan Islam yang merupakan agama rahmah, mengajak manusia untuk saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan bersifat belas kasihan.