Skip to main content
Archive

Pelepasan Rama-rama yang Terbanyak Bersempena Dengan Minggu Sains Negara 2019 Catat Malaysia Book Of Records

By 2019-04-10#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800p2630#30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +08005010504amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800p2630#/30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:26 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Pada 4 April 2019, bertempat di Garden of Nature, Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur telah berlangsung Program Butterfly Go Free yang merupakan salah satu program utama bersempena dengan Minggu Sains Negara 2019.

Program Butterfly Go Free ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, kerana fungsi serangga ini selain dari menjadi salah satu ejen pendebungaan yang membantu pokok-pokok untuk menghasilkan bunga dan buah-buahan serta bijian, rama-rama juga adalah sumber makanan kepada haiwan lain. Rama-rama juga merupakan simbol kecantikan dan kebebasan selain melambangkan tahap kesihatan ekosistem sesuatu tempat.

Semasa program ini, sebanyak 600 ekor rama-rama dari 10 jenis spesis berbeza antaranya ialah captosilia sp, apilio sp, junonia sp, danaus sp dan euploe sp telah dilepaskan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha, MESTECC bersama-sama dengan 120 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2). Yang turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi), MESTECC, YBrs. Tuan Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Pembangunan dan Pembudayaan STI dan YBrs. Puan Mismah binti Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara.

Program Butterfly Go Free ini telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana berjaya mencatatkan “Most Number of Butterflies Released in an Event”. Pada majlis yang sama, wakil dari Malaysia Book of Records telah menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji. Yahaya.