Skip to main content
Archive

PENJELASAN TEMPOH LANJUTAN PENSTORAN BAHAN BUANGAN TERJADUAL YANG DIHASILKAN OLEH LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (LAMP) DI GEBENG, PAHANG

By 2018-10-30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800p4430#30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +08003910394amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800p4430#/30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:39:44 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Putrajaya, 30 Oktober 2018 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menjelaskan tempoh lanjutan penstoran sementara bahan buangan terjadual yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd hanyalah sehingga 15 Februari 2019.

Tempoh lanjutan yang diberikan adalah untuk memberi laluan kepada Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi dan Pengurusan Residu Lynas Advanced Material Plant (LAMP) untuk mengkaji dan menilai semula operasi dan penstoran residu oleh syarikat tersebut.

Tempoh lanjutan bersyarat itu diberikan dengan mengambilkira jangkamasa yang diperlukan oleh:

  1. Jawatankuasa Eksekutif untuk meneliti secara terperinci dan saintifik semua maklumat, laporan dan pandangan dari pihak-pihak yang terlibat dan menyediakan laporan beserta syor kepada Kabinet;
  2. Kabinet untuk mempertimbangkan syor Jawatankuasa tersebut dan membuat keputusan yang wajar dan adil

Jawatankuasa Eksekutif akan mengadakan pendengaran awam (public hearing) di Kuantan pada 11 November 2018 bagi mendengar penjelasan daripada semua pihak berkepentingan termasuk Lynas Malaysia Sdn Bhd, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan pakar-pakar dalam bidang pengurusan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan sinaran radioaktif.

Semua keputusan dan penilaian oleh pihak Kerajaan akan dibuat secara profesional, objektif, telus dan terbuka.

-TAMAT-


Maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Siti Nurbaiyah
Setiausaha Akhbar
Pejabat Menteri
MESTECC
nurbaiyah@mosti.gov.my
03 8885 8276