Skip to main content
Archive

Perasmian AAIBE Chair for Renewable Energy

By 2019-02-13#!30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800p1730#30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +08004610464amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800p1730#/30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:46:17 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), melalui Institut Tenaga Lestari (ISE) telah melancarkan AAIBE Chair of Renewable Energy pada 31 Januari 2019 bertempat di Hotel RHR @ UNITEN, Kajang, Selangor. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

AAIBE Chair of Renewable Energy adalah pembiayaan penyelidikan bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif kepada negara. Tabung Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) adalah dibiayai oleh syarikat penjanaan kuasa elektrik, iaitu TNB dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) serta ditadbir oleh MESTECC.

Dana sebanyak RM20 juta untuk AAIBE Chair of Renewable Energy ini adalah untuk meningkatkan penyelidikan bagi membantu pengeluaran tenaga daripada sumber boleh diperbaharui terutamanya daripada biojisim, biofuel dan biogas bersama-sama dengan sumber tradisional, di samping menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat dan mengurangkan pelepasan gas berbahaya melalui pengurangan penggunaan bahan api fosil.

Hal ini adalah seiring dengan salah satu objektif AAIBE Chair of Renewable Energy bagi meningkatkan penggunaan bio-tenaga sebagai sumber tenaga alternatif untuk negara serta membangunkan modal insan untuk menyokong pembangunan industri tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Dengan perancangan dan pelaksanaan yang sewajarnya, dana ini diharapkan akan membawa faedah pada ekonomi dan sosial setempat dalam industri tenaga boleh diperbaharui di Malaysia serta menyumbang dalam usaha sejagat menangani pemanasan global.