Skip to main content
Archive

Perjumpaan YBhg. Ketua Setiausaha MESTECC dengan Pegawai-pegawai Baharu MESTECC

By 2019-08-26#!30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800p4930#30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +08005510554amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800p4930#/30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:55:49 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Perjumpaan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC dengan pegawai-pegawai baharu MESTECC telah diadakan pada 21 Ogos 2019. Semasa perjumpaan ini, YBhg, Datuk Seri Ketua Setiausaha mengingatkan para pegawai untuk sentiasa berpegang teguh kepada tiga (3) nilai utama MESTECC iaitu integriti, kecemerlangan dan fokus masa hadapan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Para pegawai perlu sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melebihi ekspektasi serta sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan potensi bukan sahaja dari aspek teknikal tetapi dari aspek pengurusan. Pegawai MESTECC juga turut diingatkan untuk memberi sepenuh komitmen dalam tugasan yang diamanahkan agar kekal releven dalam perkhidmatan awam.

Semasa perjumpaan ini, YBrs. Datuk Seri KSU turut menyampaikan surat penempatan kepada Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar (ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah [Operasi], Jabatan Alam Sekitar) dan Puan Norhazni binti Mat Sari (ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah [Pembangunan], Jabatan Alam Sekitar) berkuat kuasa mulai 19 Ogos 2019.