Skip to main content
Archive

Sesi Perjumpaan YB Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Bersama Penyelidik Universiti Penyelidikan

By 2019-09-03#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800p5830#30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800p-1Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 21pm30pm-30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800p1Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800531534pmWednesday=321#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 21st, 2021#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800p5830#/30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800p-1Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Wed, 21 Apr 2021 13:53:58 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengadakan sesi perjumpaan dan dialog bersama penyelidik-penyelidik dari Universiti Penyelidikan pada 27 Ogos 2019 di Auditorium Jurutera Radin Umar, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Perjumpaan ini dianjurkan bagi membolehkan interaksi secara terus antara YB Yeo bersama para penyelidik mengenai cabaran yang dihadapi dan jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan oleh MESTECC selaku Kementerian yang bertanggungjawab terhadap portfolio sains dan teknologi. Perjumpaan ini diharapkan dapat membina satu ekosistem yang mana penyelidik-penyelidik di universiti boleh melakukan penyelidikan dalam persekitaran dan sumber yang mencukupi.

Dana yang Ditawarkan di MESTECC

Dua jenis dana penyelidikan yang ditawarkan di MESTECC iaitu:

  1. Dana R&D MESTECC
  • Kelayakan: Projek R&D pada fasa Pembuktian Konsep (Proof of Concept)
  • Bidang keutamaan: Pertumbuhan hijau demi kelestarian pembangunan, Perubatan & Penjagaan Kesihatan dan Rantaian Pemakanan, Air & Tenaga
  • Dihadkan sehingga RM3,000,000 untuk tempoh pelaksanaan 24 bulan
  1. Dana Kolaborasi Antarabangsa
  • Terbuka untuk para penyelidik dan saintis
  • Bidang keutamaan: Bioteknologi, Kejuruteraan & Teknologi, Perubatan & Sains Kesihatan, Pertanian & Perhutanan dan Sains Komputer & ICT
  • Kuantum sehingga RM500,000 untuk tempoh pelaksanaan 24 bulan

Permohonan dana dibuka secara kitaran mengikut suku tahun

Maklumat lanjut sila layari https://edana.mosti.gov.my

Antara Inisiatif Utama MESTECC Berkaitan Sains dan Teknologi

  1. Fasiliti Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional (National Scientific Facilities & Equipment, NSFE)

Maklumat berpusat mengenai kemudahan dan peralatan saintifik sedia ada, mengandungi 318 kemudahan dan 884 peralatan saintifik yang sedia dikongsikan bersama pengguna –

  1. Platform Data Terbuka Sains “Raw Database for Research & Science” (RADARS)

Perkongsian data terbuka sains yang bertujuan memacu penyelidikan melalui perkongsian data mentah penyelidikan oleh komuniti saintifik. Dijangka boleh di akses pada tahun 2020

  1. Researcher – Industry Scientific Exchange (RISE)

RISE merupakan inisiatif baharu di MESTECC yang diperkenalkan bagi tahun 2019. Inisiatif ini adalah bagi menempatkan penyelidik MESTECC di industri dengan hasrat membantu industri dalam bidang R&D melalui perkongsian kepakaran yang terdapat di MESTECC – https://rise.mosti.gov.my

  1. Malaysia Commercialization Year (MCY)

Program Pengkomersialan R&D Negara atau Tahun Pengkomersialan Malaysia merupakan program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada universiti,institusi,agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan – http://mcyportal.mosti.gov.my/web/