Skip to main content
Archive

TANGANI ISU “SINGLE-USE PLASTIC” SECARA HOLISTIK

By 2018-09-24#!30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:003330#30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:0010+08:003030+08:00x302020Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +08001910194amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:00+08:004#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:003330#/30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:19:33 +0800+08:00+08:004#No Comments

24 SEPTEMBER 2018, PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan Sesi Town Hall bersama YB Yeoh Bee Yin bagi membincangkan dan menangani isu “single-use plastic” secara holistik.

Sesi Town Hall yang diadakan di  The Everly Hotel Putrajaya ini telah mengumpulkan lebih daripada 500 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti Exco Negeri, pemain industri, ahli akademik, NGO, swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan orang awam. 

Pencemaran sisa plastik telah menjadi isu nasional yang memberikan implikasi negatif terutamanya kepada alam sekitar. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan sesi town hall ini merupakan platform terbaik untuk membincangkan isu pencemaran plastik secara terbuka dengan semua pihak.

Dalam ucapan pembukaannya, YB Yeoh Bee Yin menyatakan bahawa, “Pencemaran plastik merupakan masalah utama global dan isu ini telah dipilih menjadi tema Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini iaitu “Beat Plastic Pollution”. Plastik itu sendiri bukanlah masalah, tetapi cara pengguna menggunakan dan cara pelupusan plastik tersebut yang menjadi masalah.”

Tambah beliau lagi, “Hampir 50% daripada  jumlah plastik yang dikeluarkan adalah merupakan “single-use plastic” (SUP) dan anggaran global menunjukkan 13 juta tan plastik dihanyutkan ke lautan setiap tahun. Mengorak langkah, kami di MESTECC telah melancarkan kempen “Let’s BreakUp With Single-Use Plastic” dengan tindakan permulaan menghentikan  penggunaan botol minuman pakai buang, straw dan plastik pembungkus makanan.”

Dalam sesi town hall ini juga, YB Menteri telah memperkenalkan cadangan Road Map Zero Single-Use Plastic 2018-2030 bagi mendapat pandangan dan input para peserta untuk memurnikan lagi road map tersebut sebelum diumumkan secara rasmi pada Persidangan IGEM 2018 yang akan berlangsung pada Oktober 2018 nanti.

-TAMAT-


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

En. Mohd Azmi Abd Majid
Pegawai Perhubungan Awam
Corporate Communication Unit
MESTECC
m.azmi@mosti.gov.my
017-682 6205

Puan Siti Zawiyah Abdul Rahman
Pen. Pegawai Perhubungan Awam
Corporate Communication Unit
MESTECC
wiya@mosti.gov.my
013-4017061


Skip to content