Bahagian Perancangan Strategik merupakan salah satu Bahagian daripada 21 Bahagian/ Unit di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred JUSA C.  Bahagian ini bertanggungjawab menyelaras hala tuju dan keputusan strategik MOSTI merangkumi perkara-perkara berkaitan perancangan, penyelidikan, pelaksanaan dan pemantauan pelaksanaan dasar-dasar MOSTI.

Memacu hala tuju strategik MOSTI selaras dengan sasaran, agenda dan aspirasi nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi yang mampan dan harmoni.

SEDANG DIKEMASKINI

Merancang, menyedia, menetap, menyelaras dan memantau dasar dan hala tuju MOSTI, Rancangan Malaysia, Pelan Strategik, kolaborasi strategik antara kementerian, keurusetiaan mesyuarat utama, menyelaras Kertas Jemaah Menteri dan mengurus hal ehwal Parlimen serta input Bajet MOSTI.

Bahagian Perancangan Strategik ditadbir melalui 10 Unit yang menjalankan fungsi dan tanggungjawab seperti berikut:

1) Unit Dasar 1
Merancang, menyedia dan menyelaras kertas cadangan untuk Rancangan Malaysia Lima Tahun, program dan pelan strategik berkaitan dengan Kementerian serta penyediaan input ucapan belanjawan.

2) Unit Dasar 2
Menyelaras dan menyediakan input bagi pembangunan dasar/ kajian dasar/ akta/ peraturan di bawah MOSTI / Agensi selain MOSTI, ulasan ke atas laporan-laporan negara serta menyediakan input jawapan Parlimen, kertas Jemaah Menteri dan ucapan belanjawan.

3) Unit Pemantauan 1
Mengumpul, menyelaras dan menganalisis data daripada dasar sektoral dan lain-lain polisi di bawah MOSTI, mengurus setiakan Mesyuarat Perancangan Strategik MOSTI serta bertindak sebagai pemantau Pelan Tindakan DSTIN 2021-2030.

4) Unit Pemantauan 2
Mengumpul dan menyelaras data daripada dasar dan pelan tindakan daripada Kementerian luar, mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu DSTIN 2021-2030, menyelaras Sistem Maklumat eDSTIN dan Sistem i-Strategik serta bertindak sebagai pemantau Pelan Strategik MOSTI 2024-2030.

5) Unit Pencapaian Organisasi
Menyelaras, menyelia, memantau dan melaporkan pelaksanaan Minister’s Performance Indicator (MPI), Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 dan Outcome Based Budgeting (OBB) MOSTI.

6) Unit Koordinasi
Menyelaras perkara berkaitan Pemantauan Program Khas MADANI, perkara berkaitan UPAB Kementerian, penglibatan MOSTI dalam program-program luar, memantau pencapaian teras 1 Pelan Strategik MOSTI 2024.

7) Unit Keurusetiaan
Mengurus setiakan mesyuarat Majlis Sains Negara, mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MEXCO-STI) serta menyelaras urusan berkaitan Pusat Koordinasi STI dan mengendalikan Majlis Amanat MOSTI.

8) Unit Parlimen
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas urusan Parlimen seperti proses penyediaan dan kelulusan jawapan, penyediaan draf Teks Penggulungan Perbahasan, penyediaan Input Titah Diraja, taklimat / mesyuarat / perbincangan berkaitan urusan MOSTI dan lain-lain urusan berkaitan Parlimen.

9) Unit Jemaah Menteri
Menyelaras persediaan bagi Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) bagi penyediaan Memorandum/ Nota/ kertas kementerian, maklum balas minit mesyuarat, ulasan Memorandum/ kertas pertimbangan daripada Kementerian/ Agensi Pusat lain dan lain-lain dokumen berkaitan, mengurus setiakan Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat Pra Kabinet serta mengemas kini Akta Fungsi Menteri (mengikut keperluan).

10) Unit Pentadbiran
Memberi khidmat sokongan kepada unit-unit lain di Bahagian Perancangan Strategik terutama dalam urusan penyelarasan hal-hal pentadbiran, pengurusan aset, perkhidmatan, kewangan, kebersihan dan penyelenggaraan ruang pejabat serta pemantauan dan penyelarasan keselamatan Bahagian.

We are committed to uphold the country’s aspiration to be a developed nation, through Science, Technology and Innovation by;

  1. Enhancing activities related to transfer of technology, scientific services and usage of appropriate technology;
  2. Responsible for organizing and coordinating all international cooperation projects, technical assistance and other forms of international cooperation, in the field of Science, Technology and Innovation;
  3. Coordinating and strengthening the existing bilateral cooperation programmes;
  4. Enhancing strategic relationships with the foreign countries and international growth to improve the development in Science, Technology and Innovation;
  5. Providing continuous support to international cooperation programmes by Ministry and its agencies; and
  6. establishing ties with countries of mutual interests through Memorandums of Understanding (MoU).