Skip to main content
News

INNOSPACE: Platform Komuniti Setempat Budayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi

By 2016-05-10#!31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800p3231#31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +08003611363amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800p3231#/31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 11:36:32 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

10 Mei 2016 – Baling, Kedah: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terus komited dalam usaha untuk meningkatkan minat masyarakat dan pelajar terhadap STEM dengan menyediakan pelbagai program bercirikan sains, teknologi dan inovasi (STI). Innospace merupaakan salah satu platform yang digunakan oleh MOSTI untuk membudayakan STI dikalangan komuniti terutamanya yang terletak di luar bandar.

Program selama dua hari (9-10 Mei 2016) yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Ahli Parlimen Baling melibatkan pelbagai aktiviti bercirikan STI kali ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling Kedah. Penglibatan jabatan/agensi MOSTI dalam modul pendidikan seperti Jelajah Ikon sains (Agensi Nuklear Malaysia), Eksperimen Sains, Bioshow, DIY Rocket Launcher dan Cerapan Langit Malam (Agensi Angkasa Negara / Yayasan Angkasawan Malaysia).

Seramai 200 orang pelajar dan 10 orang guru terlibat secara langsung dalam program ini di samping masyarakat setempat yang turut menyertai aktiviti cerapan langit malam yang dibuka kepada komuniti. Selain daripada itu, 3 buah bas pameran daripada Pusat Sains Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Unit Pameran Bergerak Cetree Universiti Sains Malaysia dan ianya dibuka untuk kunjungan pelajar dan orang ramai.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya Semasa menutup program ini, menekankan kepentingan STI dan memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk terus konsisten dan meneruskan pembelajaran dalam bidang berkaitan STI.