Skip to main content
News

Nanoteknologi Menjana Sumber Baharu Pertumbuhan Ekonomi Negara

By 2016-10-11#!31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800p1331#31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +08001310133amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800p1331#/31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 10:13:13 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

Bukit Jalil, 11 Oktober 2016 – Kerajaan telah mengenal pasti nanoteknologi sebagai salah satu teknologi utama yang berupaya untuk menjadi pemangkin utama terhadap transformasi ekonomi negara dan masyarakat menerusi 2 pendekatan utama, iaitu (i) menarik pelaburan dalam nanoteknologi; dan (ii) pembangunan bakat.

Untuk memastikan tadbir urus pembangunan industri berkaitan nanoteknologi negara menjadi lebih mantap, Kerajaan sedang memperkukuhkan infrastruktur dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) nano supaya selari dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan nanoteknologi sebagai sumber ekonomi baru negara melalui Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah semasa merasmikan Program Nano Kebangsaan 2016 (NanoKEB 2016) di sini hari ini berkata “Dengan kewujudan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lengkap, Kerajaan Malaysia berharap ianya akan dapat menarik syarikat-syarikat antarabangsa untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk menggunakan semua kemudahan yang ada di Pusat Nanoteknologi Kebangsaan serta kepakaran tempatan dalam aspek fasilitasi pasaran melalui NanoMalaysia Berhad. Ini akan dapat mempercepatkan penghasilan bahan-bahan serta produk-produk baharu yang berasaskan nanoteknologi”

Kerajaan melalui MOSTI telah melaburkan perbelanjaan yang besar bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R,D&C ) nanoteknologi negara. Dari tahun 2008 ke 2015, sebanyak 364 projek-projek penyelidikan berkaitan nanoteknologi telah dibiayai oleh MOSTI, dengan jumlah pembiayaan yang lebih dari RM165 juta.

Program NanoKEB 2016 yang dilaksanakan bermula 10 – 12 Oktober 2016 ini dianjurkan dengan kerjasama Technology Park Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Pusat Sains Negara dan Universiti Malaya. Ianya dibahagikan kepada 7 program utama iaitu Pameran Industri dan Pembangunan Nanoteknologi, Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) peringkat Kebangsaan, Bengkel Pelan Tindakan Keselamatan Nano 2016, Bengkel Pembangunan Nano Selulosa, National Electrospinning Workshop 2016 (NEW2016), Workshop on Carbon Based Nanomaterials and Enviroment dan Sesi Interaktif Nano.