Skip to main content
News

Pertempuran Robot: Tarik Minat Orang Ramai Jiwai Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI)

By 2016-10-15#!31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:001431#31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:00-10+08:003131+08:00x31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:0010+08:003131+08:00x312017Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +08000810083amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:00+08:003#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:001431#/31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:00-10+08:003131+08:00x31#!31Thu, 09 Mar 2017 10:08:14 +0800+08:00+08:003#No Comments

KLUANG, 15 Oktober – Bertahan atau Menyerah! Pertempuran robot bagi merebut gelaran juara Pertandingan Robot Tempur di antara 40 pasukan telah menarik minat orang ramai untuk mengikuti secara dekat seterusnya menjiwai sains, teknologi dan inovasi (STI).

Berkonsepkan penghasilan robot tempur secara “hands-on”, peserta – peserta pertandingan robot tempur perlu mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang “wireless technology” dan juga “robot design” yang meliputi ciri inovasi dan kreativiti. Program ini berlangsung selama empat (4) bermula 12 Oktober sehingga 15 Oktober 2016 di Dewan Kompleks Pekan Rabu, Kluang.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dalam ucapannya berkata “Kecekapan dalam bidang teknologi dan kemampuan mewujudkan teknologi baru adalah sangat penting jika Malaysia ingin mencapai kemajuan ekonomi yang lebih tinggi dan mengekalkan daya saing ekonomi dalam pasaran dunia. Memang menjadi dasar Kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menceburi bidang reka cipta dan inovasi yang masih belum diterokai”
Pertandingan Robot Tempur yang dianjurkan buat kali ke-2 ini bertujuan meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap Sains, Teknologi & Inovasi (STI) terutamanya kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa agar lebih berkeyakinan memilih bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) sebagai kerjaya di masa hadapan selain meningkatkan tahap pemahaman ilmu sains dalam kalangan masyarakat.

Program kali ini merupakan acara kemuncak bagi aktiviti PSN Trooperz : Sains, Teknologi, Inovasi dan Robotik (STIR) yang dijalankan sepanjang tahun. PSN Trooperz : STIR melibatkan 4 komponen lain iaitu Amphibious Electric Vehicle (My-AEV), Bengkel Robotik (My-BENGKEL), Malaysia Robotic Gamez (My-ROBOT), Malaysia Indoor Solar Car (My-SOLAR) dan acara kemuncak Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2016 (My-COMBAT)

Sebanyak 40 pasukan daripada 31 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) seluruh negara bertarung menggunakan robot kawalan jauh. Pertandingan Robot Tembur 2016 ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Pusat Sains Negara dengan kerjasama Myrobotz Enterprise.

Skip to content