11 Ogos 2022, Iskandar Malaysia – YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Ms. Jane Lim Hui Chen, Deputy Secretary (Trade), Ministry of Trade and Industry (MTI) Singapura; sebagai Pengerusi Bersama dan ahli kumpulan kerja pihak Malaysia – Singapura dalam Innovation Work Group (INWG); telah menyertai 15th Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) yang telah dipengerusikan bersama oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bagi pihak Malaysia; serta Mr. Desmond Lee, Minister for National Development dan Mr. S Iswaran, Minister for Transport bagi pihak Singapura.
Mesyuarat bersetuju dengan penamaan kumpulan kerja sebagai INWG dan Terms of Reference (ToR) yang berlandaskan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) terutamanya dalam bidang start-ups. Antara potensi aktiviti bersama yang telah dicadangkan adalah seperti Startups Congregation, Smart Mobility Sandbox, Smart Living dan Joint Research Activities.