Skip to main content
News

Program Kempen Kesedaran Bencana Mengenai Gempa Bumi Dan Tsunami Bersama Komuniti

By 2016-04-16#!31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800p0231#31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +08005011503amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800p0231#/31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 11:50:02 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

LAHAD DATU, 16 APRIL 2016 – Masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko gempa dan tsunami perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah persediaan awal bagi mengurangkan impaknya ke atas nyawa serta kerosakan harta benda. YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan dalam ucapannya semasa merasmikan Program Kesedaran Awam mengenai Gempa Bumi dan Tsunami Peringkat Komuniti dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertempat di Dewan Perdana, Lahad Datu, Sabah.
“Program selama dua hari ini adalah salah satu inisiatif yang telah diambil oleh MOSTI bersama-sama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memberi kesedaran serta mendidik masyarakat khususnya penduduk di Lahad Datu bagi menghadapi bencana gempa bumi” tambah Madius lagi.
”Lahad Datu dipilih kerana ia adalah kawasan berisiko bencana gempa bumi dan pernah mengalami peristiwa gempa bumi pada 1976 bermagnitud 5.8 pada skala Richter yang mengakibatkan kerosakan kepada infrastruktur serta bangunan.”

”Pada tahun ini iaitu dalam bulan Februari dan Mac, penduduk di Lahad Datu turut merasai gegaran daripada gempa bumi lemah bermagnitud antara 3.4 hingga 3.5 pada skala Richter” kata Madius.

Susulan daripada bencana gempa bumi Ranau bermagnitud 6 skala Ritcher pada 5 Jun 2015, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM15 juta bagi memantapkan lagi sistem pemantauan dan pengesanan gempa bumi di Sabah. Jumlah ini termasuk 15 stesen seismik baru, di mana lima (5) terletak di kawasan Gunung Kinabalu, dua (2) di Lahad Datu dan selebihnya lapan (8) di tempat-tempat lain di Sabah.
Kerajaan pusat telah mengambil langkah untuk memastikan amaran tsunami disebarkan kepada masyarakat dengan pantas dan berkesan dengan menempatkan 53 buah siren tsunami di tempat strategik seluruh negara. Daripada jumlah tersebut 14 buah terletak pantai negeri Sabah di mana dua (2) buah terletak di Lahad Datu.
Malaysia mempunyai Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang terdiri daripada rangkaian stesen alat pengesan gempa bumi, siren tsunami, kamera pantai dan stesen pengukur paras air laut. Keseluruhan rangkaian stesen alat pengesan gempa bumi di Malaysia adalah sebanyak 63 buah stesen termasuk 13 buah terletak di Sabah.