25 Mei 2024, Selangor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merasmikan 18th Post Graduate Educational Course on Radiation Protection & Safety of Radiation Sources yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) , Bangi, Selangor.
Bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama, Malaysia telah menandatangani Practical Arrangement (PA) pada 27 September 2022 di Vienna, Austria bersama IAEA dalam bidang pendidikan dan latihan bagi bidang radiasi, pengangkutan dan keselamatan sisa radioaktif. Lanjutan daripada perjanjian ini, Nuklear Malaysia telah berperanan sebagai pusat latihan serantau bagi rantau Asia Pasifik.
Melalui kursus ini, para peserta dapat memahami dan memperkukuhkan perlaksanaan piawaian keselamatan antarabangsa melalui pembangunan modal insan dalam bidang keselamatan sinaran. Perlindungan sinaran adalah aspek penting dalam pelbagai industri, termasuk perubatan, tenaga, dan penyelidikan di mana penggunaan bahan radioaktif dan sumber sinaran memerlukan pengawalan ketat untuk mengelakkan risiko kepada kesihatan manusia dan kerosakan alam sekitar.
Nuklear Malaysia amat mengalu-alukan jaringan kerjasama strategik bersama-sama negara-negara anggota IAEA bagi mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman di rantau Asia Pasifik.
Turut hadir pada majlis ini, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), barisan pengurusan atasan Agensi Nuklear Malaysia serta turut dihadiri oleh wakil-wakil kedutaan negara peserta yang terlibat dalam program ini.
.
Kredit
: Agensi Nuklear Malaysia)
