Skip to main content
News

Mengubah Persepsi Masyarakat Terhadap Inovasi Rekabentuk Melalui TRANSPOD

By 2016-12-19#!31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800p0431#31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 08pm31pm-31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800p5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800545543pmWednesday=321#!31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 8th, 2017#!31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800p0431#/31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Wed, 08 Mar 2017 17:54:04 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

Melaka, 19 Disember 2016 – Rekabentuk seringkali dilihat dari sudut kecantikan luaran semata-mata. Namun hakikatnya, rekabentuk merupakan penyelesaian strategik yang memacu aktiviti inovasi, penjanaan kekayaan dan pencorak kepada kualiti kehidupan yang lebih sempurna melalui penghasilan produk, sistem, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

 

Bermula dengan hasrat untuk menjadikan rekabentuk sebagai agen transformasi di dalam meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah memulakan projek Pusat Informasi dan Terminal Pengangkutan Pelancongan atau juga dikenali sebagai TRANSPOD di Bandar Hilir, Melaka.

 

TRANSPOD merupakan pusat khidmat setempat atau one stop center para pelancong yang sangat unik dari segi rekaannya, kerana menggabungkan elemen kebudayaan setempat dengan pemodenan bagi menyesuaikannya dengan suasana di persekitaran.

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, “sebuah rekaan yang baik dan berkualiti harus mempunyai konsep asas yang kukuh dan saya difahamkan konsep asas bagi rekaan Transpod adalah berbentuk huruf M yang bermaksud Negeri Melaka, malahan rekaan bumbung serta corak dindingnya diinspirasikan dari rumah tradisional negeri Melaka.  Gabungan elemen tradisi dan moden bukan sahaja menampakkan hasil yang mengagumkan, malah kelihatan sangat unik kerana walaupun berbeza tetapi rekaannya turut memberi perhatian kepada persekitaran sedia ada bagi mewujudkan keharmonian”.

 

“Rekaan Transpod juga mengaplikasikan konsep Universal Design untuk kemudahan semua pengunjung termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung” Katanya lagi semasa Majlis Penyerahan TRANSPOD kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang diwakili oleh YBhg Datuk Zainal Hussin, Datuk Bandar Melaka pada hari ini.

 

Pemilihan Taman Bunga Merdeka di Bandar Hilir, Melaka sebagai lokasi bangunan TRANSPOD amat bertepatan kerana ia menjadi tumpuan pelancong. Berdasarkan kepada statistik dari Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri, seramai 15 juta pelancong telah berkunjung ke Melaka pada tahun 2015 dan jumlah ini diharap akan terus bertambah dengan adanya Transpod.

 

Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg Datuk AR. Haji Ismail Haji Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka dan YBrs En Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan, MOSTI.