Skip to main content
News

Program Inovasi Pendidikan Pusat Sains Negara Komersilkan Modul Pendidikan Stem Kepada Guru Dan Pelajar Sekolah

By 2016-04-22#!31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800p1831#31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +08004311433amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800p1831#/31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 11:43:18 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

TAMPARULI, SABAH – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Sains Negara (PSN) berkongsi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sains secara tidak formal yang bercorak interaktif, hands-on, hearts-on, & minds-on menerusi Program STI untuk Pendidik: Inovasi Pendidikan PSN. Ianya merupakan inisiatif PSN untuk menarik minat pelajar terhadap STEM.

“Program Inovasi Pendidikan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti serta kemahiran penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru sains dan matematik agar lebih berkesan menerusi pendekatan santai dan interaktif dalam konsep pembelajaran sekali gus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)”, kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Inovasi Pendidikan Pusat Sains Negara hari ini di Pusat Kegiatan Guru, Tamparuli, Sabah.

Beliau memberitahu MOSTI melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2013-2020 telah mengenal pasti Nilai Rantaian Bakat STEM (STEM Talent Value Chain) adalah berdasarkan tiga (3) fasa iaitu, Membangunkan Bakat (Developing Talent), Menggembleng Bakat (Harnessing Talent) dan Memperkasakan Bakat (Intensifying Talent), yang bermula dari seawal kanak-kanak di prasekolah sehingga ke tahap kepakaran yang tinggi dalam bidang sains dan teknikal.

Menyedari bahawa kepentingan pembelajaran sains dilaksanakan dengan cara yang lebih menyeronokkan, MOSTI melalui PSN telah dan akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti bagi berkongsi cara pembelajaran sains tidak formal yang boleh memberi nilai tambah terhadap cara pembelajaran formal di sekolah.

“Melalui beberapa kaedah penyampaian modul pendidikan yang diubahsuai adalah menjadi harapan MOSTI dan PSN khususnya, agar modul pengajaran dan pembelajaran ini dapat terus dikembangkan kepada kumpulan yang lebih besar di masa akan datang,” jelasnya.

Program Inovasi Pendidikan ini merupakan kerjasama antara Pusat Sains Negara dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kali ini ia melibatkan 40 orang guru sains dan matematik tahap dua peringkat negeri Sabah bermula 20 April sehingga 22 April 2016.