Skip to main content
News

Semarak Budaya Sti Menerusi Program Creativity & Science4u

By 2016-09-25#!31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800p2931#31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +08002310233amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800p2931#/31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 10:23:29 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

Melaka, 25 September- Usaha berterusan bagi menyemarakkan budaya Sains, Teknologi dan Inovasi giat dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui penganjuran Program Jangkau Luar (Outreach) Creativity & Science4u.

Negara menyasarkan untuk mempunyai kekuatan tenaga kerja dengan asas sains, teknologi dan inovasi (STI) seramai 1 juta orang pada tahun 2020. Langkah untuk mencapai hasrat ini adalah dengan memastikan bahawa nisbah pelajar sains berada pada tahap 60% berbanding 40%.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau dalam ucapannya yang dibacakan oleh YBhg. Dato’ Dr Mohd Azhar bin Hj Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI menyatakan “Adalah menjadi tanggungjawab MOSTI untuk membudayakan sains dalam masyarakat dan menukar pandangan orang ramai kepada “sains itu mudah” serta menjadikan sains sebagai sebahagian daripada kehidupan kita. MOSTI juga mempunyai peranan yang penting dalam merangka kemajuan kerjaya berteraskan STI sebagai motivasi generasi akan datang untuk memilih jurusan bidang berkaitan Science, Technology, Engineering & Mathematics atau STEM”

“Ramai yang beranggapan “sains itu satu ilmu atau bidang yang sukar.” Ramai pelajar sekolah tidak berminat untuk mengikuti jurusan sains atas alasan tersebut. Justeru MOSTI berusaha membawa pendekatan santai dan interaktif dalam science4u ke seluruh negara” katanya lagi.

Karnival ini yang telah bermula di Kuching, Sarawak; Kota Belud, Sabah; Kluang, Johor; dan berakhir untuk tahun ini di negeri Melaka. Sehingga kini karnival ini telah memanfaatkan lebih 20,000 pengunjung.

Karnival 3 hari ini diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka meliputi pelbagai aktiviti penjelajahan STI seperti aktiviti program satelit, ceramah interaktif yang melibatkan 10 buah sekolah dan kira-kira 500 orang pelajar-pelajar sekolah rendah menengah, pameran STI, Tayangan Mini Planetarium ,pencerapan matahari dan planet, Pertandingan Crime Scene Investigation (CSI), pertandingan Idola Penyampai Cuaca, Science Show dan Teh Tarik bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Program ini turut dihadiri oleh Tn. Haji Abu Bakar bin Sahari,Pengarah Pendidikan Melaka dan YBrs. En. Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).