Skip to main content
News

4 PELAJAR DAN 2 GURU MALAYSIA TERPILIH KE EKSPEDISI PENDIDIKAN ARTIK 2015

By 2015-05-23#!31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800p3931#31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09pm31pm-31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800442443pmThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800p3931#/31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 14:44:39 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2015 – Buat julung kalinya, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan masing-masing menghantar dua pelajar dan seorang guru dari negeri Terengganu dan Maktab Rendah Sains Mara untuk menyertai ekpedisi pendidikan ke benua Artik melalui program Students On Ice yang akan bermula dari 27 Julai sehingga 10 Ogos 2015. Program ini juga telah mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai lebih 100 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh dunia dan staf sokongan yang terdiri daripada saintis, guru dan krew akan mengambil bahagian dalam ekspedisi ini. Ini ialah satu usaha berterusan pihak-pihak terlibat dalam membuka ruang integrasi antarabangsa melalui program pendidikan sains polar yang sememangnya bersifat global untuk pelajar-pelajar dan guru-guru Malaysia. Peserta-peserta ekspedidi akan didedahkan tentang isu-isu semasa berkaitan benua Artik terutamanya isu perubahan iklim melalui sesi penerangan, eksperimen, lawatan ke komuniti penduduk Artik, sesi perbincangan berkumpulan dan bengkel-bengkel yang akan diadakan oleh saintis sepanjang ekspedisi ini nanti.

Peserta yang terpilih telah disaring melalui beberapa peringkat, termasuklah melalui Kem Sains Polar. Yang telah diadakan pada 15 hingga 16 Mac 2015 di , Kuala Terengganu. Melalui Kem Sains Polar ini, peserta telah melalui beberapa ujian termasuk kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (secara lisan dan bertulis), pengetahuan tentang isu-isu polar, tahap kreativiti dan juga keupayaan fizikal. Guru-guru pula diminta menyampaikan pembentangan tentang rancangan mereka untuk menyemarakkan program-program kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan Benua Polar.

Senarai pelajar dan guru yang terpilih telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia,Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada Malam Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr Ewon Ebin,
Pelajar-pelajar dan guru-guru yang terpilih adalah seperti berikut :

i. Ahmad Amirul Farhan bin Zulkifli, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek , Kuala Terengganu,16 tahun, Pelajar
ii. Nurul Izzaidah binti Zulkifli, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan,Besut, 16 tahun, Pelajar.
iii. Roszita binti Mat Zin ,Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Besut, 37 tahun, Guru.
iv. Ashraf Hakimi bin Nurulfaizin, Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu Bharu, 16 tahun, Pelajar.
v. Raslan Bin Abdul Rahman, Maktab Rendah Sains Mara, Alor Gajah, 16 tahun, Pelajar
vi. Rakesh bin Sala, Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, 38 tahun, Guru