Skip to main content
News

5th Malaysia International Genetics Congress (MiGC15)

7 Mac 2023, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dah Inovasi hari ini merasmikan 15th Malaysia International Genetics Congress (MiGC15) yang merupakan program dwitahunan Persatuan Genetik Malaysia (PGM). Kongres pada tahun ini adalah anjuran bersama Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) dan WMIT Group Sdn Bhd (WMIT), dengan kerjasama Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dengan sokongan pelbagai institusi.
Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) 2022-2030 telah dilancarkan pada 12 September 2022. Dasar ini bertujuan memacu pembangunan negara dalam tiga subsektor bioteknologi iaitu pertanian, perindustrian dan penjagaan kesihatan. Teras Bioteknologi & Kesejahteraan Penjagaan Kesihatan termasuklah program seperti Aplikasi Biologi, Teknologi Omics dan Terapi Bersasar untuk Peningkatan Kesihatan. Dengan bantuan kemudahan biobank sedia ada diharapkan dapat menubuhkan konsortium spesimen biologi selaras dengan ketepatan dan perubatan peribadi. Dasar ini juga bertujuan untuk mengenal pasti biomarker penyakit baharu di Malaysia berdasarkan kumpulan demografi dan genetik penduduk.
MiGC15 dengan tema ‘Genetics Advances Life’ ini diadakan dalam mod hibrid bermula 7 – 9 Mac 2023.
DSC 6953   DSC 6829
DSC 6881   DSC 6939
Skip to content