Skip to main content
News

R&D NANOTEKNOLOGI MENJADI TUMPUAN DALAM RMKe-11

By 2015-10-06#!30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800p0830#30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 12am30am-30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +08004711474amMonday=321#!30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 12th, 2021#!30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800p0830#/30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Mon, 12 Apr 2021 11:47:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

 

SHAH ALAM, 6 OKTOBER 2015 – Agenda mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan nanoteknologi dengan memfokuskan kepada peningkatan daya upaya dan pengkomersilan hasil penyelidikan diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

MOSTI menyediakan ekosistem untuk R&D bagi memastikan pembangunan nanoteknologi yang lestari dan penyelidikan berimpak tinggi seterusnya meningkatkan pendapatan ekonomi negara melalui aplikasi nanoteknologi.

Hal ini selaras dengan penetapan sasaran bagi Inovasi Perusahaan dalam RMKe-11 yang mensasarkan nisbah Perbelanjaan Sektor Perniagaan kepada perbelanjaan Kerajaan ke atas R&D meningkat dari 64:36 (2012) kepada 70:30 (2020). Bagi kadar pengkomersilan output R&D oleh dana R&D MOSTI pula meningkat dari 3.1% (2012) kepada 10% (2020).

“Aplikasi nanoteknologi membolehkan penyelesaian masalah dilaksanakan secara inovatif dan kos efektif. Ia akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar” kata YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa merasmikan Nano Kebangsaan 2015 (nanokeb2015) hari ini.

Pada majlis tersebut turut dilancarkan Buku Terokai Alam Nano dan Himpunan Karya Nano Budi hasil usaha sama Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).