Skip to main content
News

Ekspo Teknologi Malaysia 2023 (MTE 2023)

By 2023-06-14#!31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:004931#31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:00-4+08:003131+08:00x31 16pm31pm-31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:004+08:003131+08:00x312023Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800084088pmWednesday=321#!31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:00+08:008#August 16th, 2023#!31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:004931#/31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:00-4+08:003131+08:00x31#!31Wed, 16 Aug 2023 16:08:49 +0800+08:00+08:008#No Comments
17 Mac 2023, Kuala Lumpur –  Biforst Berhad (Biforst), kumpulan penyelesaian logistik terkemuka mengumumkan hasratnya untuk melabur dalam pengangkutan bebas karbon dengan mengadaptasi Sistem Penyimpanan Tenaga Hibrid Hidrogen terkini (H2SS) pada rangkaian pengangkutannya dengan menandatangani Perjanjian Kerjasama bersama NanoMalaysia Berhad (NMB), agensi terkemuka untuk pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perjanjian Kerjasama itu ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Paduka Hamie Appala Nakkiah, Pengarah Urusan Kumpulan Biforst Berhad dan YBrs. Dr Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad dengan disaksikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Muhammad bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol Negeri Sembilan dan Pengerusi Biforst Berhad serta YBrs. Prof. Emeritus Dato’ Ir Dr Mohamad Zawawi Ismail, Pengerusi NanoMalaysia Berhad semasa Ekspo Teknologi Malaysia 2023 (MTE 2023) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Turut hadir YBhg. Datuk Ts. Dr Hj. Aminuddin bin Hassim Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Kerjasama tersebut membolehkan pembangunan, ujian, penggunaan, pengkomersialan daripada sistem kuasa hidrogen hibrid berasaskan H2SS NanoMalaysia yang bertindak sebagai sumber kuasa tambahan di atas komponen EV yang akan menggantikan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Kerjasama di bawah NanoMalaysia’s Rapid Electric Vehicle Innovation Validation Ecosystem (REVIVE) ini akan menyaksikan penukaran trak ICE kepada EV pertama di Malaysia. REVIVE ialah program nasional untuk menukar kenderaan ICE (internal combustion engine) kepada EV, termasuk bas, trak, motosikal, dan kereta. Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan penyesuaian EV dengan cara alternatif berbanding dengan membeli EV baharu, iaitu secara amnya 20-50% lebih mahal dan untuk menyokong sasaran Malaysia untuk mengurangkan karbon intensiti berbanding KDNK sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai neutraliti karbon seawal 2050.
335131360 774831490737519 8635088348281801789 n   335183622 509596794721559 954544946222354053 n
335482379 2171204579737557 6333140619547482671 n   335449763 693688882552839 3454235235238591758 n
Skip to content