13 Ogos 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan penganjuran 6th D-8 Technology Transfer & Exchange Network (D-8 TTEN) Technology Investment Meeting (TIM) pada 13 April 2024.
D8 TTEN adalah platform untuk mewujudkan kerjasama pelaburan antarabangsa dalam pelbagai bidang, dengan tujuan menyokong perkembangan syarikat pemula (startup) di kalangan negara anggota. TIM 2024 ini telah dianjurkan secara bersekali dengan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) pada tahun ini.
MOSTI merupakan National Focal Point bagi D-8 TTEN yang dianggotai oleh lapan ( 8 ) negara Islam membangun iaitu Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.
Antara pengisian TIM adalah termasuk Startup Pitch Deck, Startup Story, Introducing International Investment Opportunities, Workshops, International B2B Meetings, Panel Discussion, Consumer Insight dan Industry Case. Lebih kurang 100 peserta tempatan dan antarabangsa telah menyertai TIM 2024 yang melibatkan sesi panel, pitch deck presentation dan sesi networking.
Penganjuran TIM 2024 ini dapat membantu memperkasakan imej Malaysia di persada antarabangsa sebagai sebuah negara yang progresif dan terbuka terutamanya dalam aspek kemampanan di pelbagai sektor ekonomi di Malaysia.