Skip to main content
News

Majlis Makan Malam bersama Pemenang Hadiah Nobel Sir Richard Timothy Hunt

5 Disember 2023, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah hadir ke Majlis Makan Malam bersama Pemenang Hadiah Nobel Sir Richard Timothy Hunt anjuran Akademi Profesor Malaysia (APM).

Noble Laureate, Sir Richard Timothy Hunt merupakan seorang sarjana terbilang yang telah membuat sumbangan cemerlang dalam bidang Fisiologi dan Perubatan. YB Tuan Chang Lih Kang merakamkan penghargaan di atas sumbangan beliau dalam menggalakkan usaha inovatif dan menjadi teladan kepada pelajar dan penyelidik di Malaysia. Lawatan Sir Tim Hunt ke Malaysia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar siswazah dan pascasiswazah, penyelidik muda, dan ahli akademik dalam bidang sains, kesihatan dan perubatan.
MOSTI sentiasa komited dalam menyokong semua usaha untuk pembangunan sains, teknologi dan inovasi kerana ia adalah elemen penting dalam memajukan negara. Sains dan teknologi adalah elemen penting dalam membentuk bakat masa hadapan yang akan memimpin negara.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Professor Emeritus Dr. Jamal Othman, Presiden, Akademi Profesor Malaysia; Dr. Adam Smith, Chief Scientific Officer, Noble Prize Outreach dan Ahli Majlis APM.
Skip to content