Skip to main content
News

87th Meeting of the Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-87)

18 Jun 2025, Indonesia – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI yang juga merupakan Pengerusi ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation bagi Malaysia (COSTI Chair Malaysia) telah menghadiri the 87th Meeting of The ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-87). COSTI-87 merupakan antara salah satu mesyuarat yang diadakan bersempena dengan penganjuran 21st ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation (AMMSTI-21), 87th ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-87) and Related Meetings yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, dari 16 hingga 20 Jun 2025.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa; Puan Siti Salmiah binti Haji Dimyati, Timbalan Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D serta pegawai-pegawai kanan dari Cradle Fund Sdn. Bhd.
COSTI-87 menghimpunkan negara-negara anggota ASEAN (AMS) dan pihak berkepentingan utama bagi membincangkan dan menjalin kerjasama serantau dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Sebagai badan pelaksana utama dalam kerangka STI ASEAN, COSTI akan menilai pelaksanaan pelan strategik, menyemak projek-projek semasa dan yang akan datang, serta menangani cabaran-cabaran baharu yang akan dihadapi. Perbincangan tertumpu kepada pengoptimuman ekosistem penyelidikan, pengukuhan kerjasama serantau dan pemanfaatan STI bagi pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan.
Malaysia telah membentangkan pelaporan berkaitan Pembangunan ASEAN Startup Portal yang merupakan salah satu inisiatif di bawah ASEAN Startup Initiative yang juga merupakan Annual Priority (AP) 2024. Inisiatif ini diterajui oleh Malaysia melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. Malaysia turut membentangkan Priority Economic Deliverables (PED)2025 – ASEAN Technology Startup Ignite yang merupakan salah satu PED sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. PED ini bermatlamat untuk meningkatkan inovasi dan keusahawanan berasaskan sains dan teknologi di rantau ASEAN dengan menggiatkan pertumbuhan dan kelestarian syarikat pemula melalui akses kepada program pembinaan kapasiti, khidmat nasihat perniagaan, pementoran dan peluang kolaborasi serantau.
Selain itu, Malaysia sebagai negara penyelaras (country coordinator) bagi kerjasama ASEAN-China juga turut menjemput Chinese Mission to ASEAN di Jakarta untuk membuat pembentangan berkaitan projek, program dan aktiviti yang melibatkan kerjasama dalam STI antara ASEAN-China.
Skip to content