Skip to main content
News

Fenomena Gerhana Matahari Separa Di Malaysia

By 2016-03-09#!31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800p3131#31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800p-12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09pm31pm-31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800p12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +08001412143pmThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800p3131#/31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800p-12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 12:14:31 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu fenomena menarik bagi tahun ini iaitu Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada hari ini. Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun 2016.

Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai litupan maksimun kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa matahari terbit. Peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin berkurang di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Gerhana Matahari Separa bermula dari jam 7.30pagi hingga 9.30pagi.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau turut meluangkan masa hadir ke Planetarium Negara bagi bersama-sama para pengunjung untuk melihat sendiri fenomena Gerhana Matahari Separa.

“Pendedahan fenomena ini kepada murid-murid sekolah amat penting kerana kita harap dengan pendedahan ini akan menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains terutamanya sains angkasa atau astronomi khususnya. Ilmu astronomi ini merupakan salah satu dari cabang pelajaran sains dan teknologi di mana minat terhadap mata pelajaran ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan STEM di Malaysia” – YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau.