29 November 2024, Selangor – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menerima kunjungan dan lawatan daripada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di- Pertua Dewan Rakyat serta barisan delegasi daripada Parlimen Malaysia.
Yang di- Pertua Dewan Rakyat serta delegasi telah disambut oleh YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan & Pembangunan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia serta barisan pengurusan Nuklear Malaysia.
Antara tujuan lawatan kerja hari ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi nuklear di Malaysia.
Pada sesi lawatan ini juga, para delegasi berkesempatan untuk melawat ke fasiliti Reaktor Triga PUSPATI (RTP) yang merupakan satu-satunya reaktor penyelidikan Nuklear Negara yang beroperasi sejak 1982. RTP ini telah banyak memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dengan menyokong pembangunan sains nuklear dan aplikasi praktikalnya.
Turut hadir YBrs. Puan Aidawati binti Misdar, Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik & Aplikasi S&T (TSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs. Ts. Dr. Ishak bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah, Program Perkhidmatan Teknikal, Agensi Nuklear Malaysia, pegawai-pegawai MOSTI serta barisan pengarah-pengarah Nuklear Malaysia.