Skip to main content
News

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (LAEA) Taja 2 Pelajar Malaysia

By 2015-04-13#!30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800p2330#30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 12am30am-30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +08004211424amMonday=321#!30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 12th, 2021#!30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800p2330#/30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Mon, 12 Apr 2021 11:42:23 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

 

Putrajaya – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menaja 2 orang pelajar Malaysia untuk mengikuti Program “Nuclear School Experiments on Reactor Physics and Neutron Applications for Asia-Pacific Region” yang telah diadakan pada 30 Mac 2015 hingga 10 April 2015. 2 pelajar Malaysia ini adalah daripada 11 orang peserta daripada 7 Negara Asia Pasifik seperti Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Iraq, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Program latihan ini merangkumi eksperimen yang dijalankan di BATAN, Indonesia yang memfokuskan kepada kejuruteraan reaktor dan juga eksperimen di Nuklear Malaysia yang berkaitan kejuruteraan reaktor dan aplikasi neutron sains di bawah tunjuk ajar pakar IAEA daripada Negara Republik Czech. Latihan ini adalah untuk memanfaatkan reaktor penyelidikan nuklear bagi tujuan pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan reaktor dan nuklear khasnya bagi Negara anggota IAEA di Asia Pasifik

YB Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, En. Anas Muhamad Pauzi (UNITEN) dan Cik Edleen Amani Abd Halim (UKM) telah terpilih mengikuti program ini setelah memenangi pertandingan esei bertajuk “How is nuclear science and engineering can contribute to human civilization”. Pertandingan ini dibuka kepada mahasiswa universiti tempatan yang mengambil jurusan berkaitan sains dan kejuruteraan nuklear.

Tambah beliau lagi, ini merupakan program perintis yang menjadi asas bagi rancangan jangkamasa panjang menggunakan Reaktor TRIGA PUSPATI di Nuklear Malaysia untuk tujuan pendidikan dan latihan di peringkat Asia Pasifik. Aktiviti seperti ini akan dijadikan aktiviti tahunan bermula pada tahun 2015.

Bagi manfaat dalam negara, Reaktor TRIGA PUSPATI juga akan digunakan untuk amali eksperimen para pelajar tahun 3 kursus kejuruteraan nuklear dari UTM sebagai salah satu pengisian kurikulum mulai tahun 2015 ini dan bakal diteruskan bagi tahun-tahun akan datang.