30 Julai 2024, Putrajaya – Sebagai menghargai kepimpinan cemerlang dalam memacu Sarawak meneroka ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak menerima Anugerah Kepimpinan Teknologi daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang semasa Majlis Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (MBOT ENTICE 2024) yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
Anugerah lain yang turut disampaikan ialah:

Penerima: YBhg. Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia

Penerima: Tc. Azuan Failani bin Ariffin, Penolong Pegawai Latihan Vokasional di ADTEC Jerantut

Penerima: YBhg. Prof. Madya Eur. Ing. Ts. Ir. Dr. Syuhaida binti Ismail, Pengarah Penyelidikan, Institut Maritim Malaysia (MIMA)

Penerima: Perodua Manufacuturing Sdn Bhd

Penerima: Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Penerima: Rejimen Askar Jurutera DiRaja

Penerima: YBrs. Ts. Azhar bin Abdul Latif
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima.