Skip to main content
News

APAC Technopreneurship Empowerment Conference (ATEC 2024)

8 Ogos 2024, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini telah merasmikan APAC Technopreneurship Empowerment Conference (ATEC 2024) anjuran Centre of Regional Stratefgic Studies (CROSS) dengan kerjasama Southeast Asia Research Centre for Humanities (SEARCH) dan Wellous Group Ltd (Wellous).

ATEC 2024 diadakan untuk mempromosikan inovasi teknologi dan teknousahawan melalui perkongsian strategik antara kerajaan dan industri. Persidangan ini juga bertujuan untuk membangunkan ekosistem yang kukuh untuk sains, teknologi dan inovasi.
Antara kenamaan yang turut hadir dalam majlis ini adalah YB Lee Chean Chung, Pengerusi CROSS, H.E Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia, H.E Danielle Heinecke, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, wakil kedutaan Indonesia dan wakil-wakil agensi di bawah MOSTI seperti Cradle Fund, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), MIMOS dan Akademi Sains Malaysia.
YB Menteri dalam ucapannya memaklumkan kepentingan beberapa bidang utama yang mempunyai peluang tinggi untuk inovasi teknologi dan keusahawanan seperti Kecerdasan Buatan (AI), penyelesaian tenaga baharu, bioteknologi, teknologi angkasa dan pembangunan bakat.
Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa teknologi mesti membawa kemudahan dan faedah kepada kehidupan manusia. Jika tidak, ia kekal sebagai konsep abstrak tanpa impak yang bermakna. Beliau juga menegaskan bahawa ATEC 2024 adalah penting dalam mempromosikan keusahawanan teknologi dan inovasi teknologi dengan melibatkan semua pihak berkepentingan dan menyumbang bukan sahaja kepada pembangunan negara dan kemajuan sosioekonomi tetapi juga kepada landskap serantau.
Skip to content