Skip to main content
News

ASEAN Conference on Tunnelling and Trenchless Technology (ACTT)

11 September 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Asian Conference on Tunnelling and Trenchless Technology (ACTT) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa MOSTI telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menyokong pencapaian baharu dalam sektor seperti pembinaan terowong, infrastruktur, dan penyelesaian bandar.
Antaranya melalui National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), teknologi baharu dapat diuji dengan selamat sebelum digunakan. AI Sandbox pula membangunkan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang sudah mula mengubah cara pembinaan terowong dan infrastruktur. Melalui platform MRANTI dan MIMOS juga, pelaburan dibuat dalam bahan baharu, robotik dan teknologi geospatial untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur negara.
MOSTI komited memacu kemajuan Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi untuk pertumbuhan ekonomi dan juga demi kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Skip to content