Skip to main content
News

ASEANTOM 2025 – Pemerkasaan 3S dalam Keselamatan, Sekuriti dan Kawalgunaan Diperkukuh

By 2025-09-08#!30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:000230#30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:00-8+08:003030+08:00x30 10am30am-30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:008+08:003030+08:00x302025Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800298299amWednesday=321#!30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:00+08:009#September 10th, 2025#!30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:000230#/30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:00-8+08:003030+08:00x30#!30Wed, 10 Sep 2025 08:29:02 +0800+08:00+08:009#No Comments

11 Ogos 2025, Johor – YAB Dato’ Sri Fadillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Tahunan Rangkaian Badan Kawal Selia Tenaga Atom ASEAN (ASEANTOM) Ke-12 di Johor Bahru.

Mesyuarat ASEANTOM Ke-12 yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025, dan menghimpunkan wakil-wakil tertinggi badan pengawal selia tenaga atom daripada 10 negara anggota ASEAN, bersama rakan kerjasama dialog seperti Jepun, Korea Selatan dan organisasi antarabangsa termasuk International Atomic Energy Agency (IAEA).
Turut berlangsung sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia, melalui Atom Malaysia dan Institusi Keselamatan Nuklear Dunia (WINS). MoU ini adalah sebagai usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa dan pembangunan kapasiti dalam bidang keselamatan nuklear.
Hadir sama, YB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan YBrs. Puan Noraishah Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom.
Pendekatan yang diambil oleh ASEANTOM adalah selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI – khususnya dari segi integriti, keselamatan bersama, dan kerjasama serantau yang berteraskan etika dan keterangkuman.
ASEANTOM 2025 telah diadakan di bawah inisiatif Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) sebagai Pengerusi ASEANTOM, bersempena dengan Kepengerusian Malaysia di ASEAN bagi tahun 2025.
Selaras dengan Kepengerusian ASEANTOM 2025, Malaysia juga bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan aktiviti dan projek-projek di bawah pelan tindakan ASEANTOM berjalan lancar, termasuk menyelaras mesyuarat tahunan, bengkel teknikal, serta platform libat urus bersama pihak berkepentingan dari dalam dan juga luar negara.
Skip to content