Skip to main content
News

Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat

10 September 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi hadir di Dewan Rakyat bagi menyaksikan pembentangan Belanjawan MADANI 2026 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Belanjawan MADANI 2026 bukan sahaja bukti keberhasilan dasar, tetapi juga persediaan untuk masa depan serta isyarat terhadap kestabilan, hala tuju, dan aspirasi Malaysia. Belanjawan MADANI 2026 merupakan Belanjawan Rakyat adalah hasil usaha bersama, manfaat untuk semua.
Ia mencerminkan tanggungjawab fiskal yang berhemat dan keprihatinan terhadap rakyat yang melindungi rakyat daripada cabaran global sambil melabur untuk masa depan Malaysia yang lebih mampan, berdaya tahan dan makmur.
Sebagai peneraju dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan inisiatif serta program yang diluluskan di bawah Belanjawan MADANI 2026 bagi memperkukuh ekosistem STI negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Skip to content