Skip to main content
News

Bengkel Asas Robotik

04 Jun 2025, Putrajaya – Bengkel Asas Robotik Bersama Anak-Anak Warga Kompleks C telah berlangsung di Dewan Anggerik, Jabatan Perangkaan Malaysia melibatkan seramai 60 orang kanak-kanak. Program ini merupakan kerjasama antara Perpustakaan MOSTI, Perpustakaan JPA, Perpustakaan DOSM dan PUSPANITA Cawangan MOSTI sebagai salah satu usaha memupuk minat awal terhadap sains dan teknologi.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan MOSTI. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa bengkel ini bukan sahaja memberi pendedahan awal yang bermakna, tetapi juga membuka peluang untuk para peserta mempelajari kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis, dan kreativiti melalui aktiviti pembinaan robot. Ini semua adalah penting dalam melahirkan generasi yang berdaya tahan dan cekap dalam bidang teknologi.
Bengkel ini dimulakan dengan aktiviti pemasangan robotik yang kemudiannya disusuli dengan pengaturcaraan robotik yang dibimbing oleh Jazro Technology Robotics. Para peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti STEM di reruai Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara. Terdapat juga reruai jualan buku dari penerbit Galeri Ilmu dan reruai karikatur.
Melalui penganjuran Bengkel Asas Robotik ini, diharapkan dapat membantu merangsang minat anak-anak terhadap STEM, mengasah kemahiran berfikir kritis, serta memupuk kreativiti, kerjasama dan keyakinan diri melalui pendedahan awal kepada teknologi.
Skip to content