Skip to main content
News

Bengkel Robocamp: Robot Line Tracer & 3D Design SK Kampong Chap

06 Ogos 2025, Kelantan – Bengkel ROBOCAMP telah berjaya dianjurkan pada 6 Ogos 2025 di Sekolah Kebangsaan Kampong Chap sebagai salah satu program satelit bersempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan.

Seramai 100 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Kampong Chap telah menyertai program ini yang memberi peluang kepada peserta untuk menerokai dunia sains, teknologi dan inovasi secara aktif dan menyeronokkan. Dengan sokongan padu daripada rakan strategik UiTM Machang, para peserta didedahkan kepada teknologi semasa melalui:
🔹 Modul 1: 3D Pen Creative Workshop
Murid belajar asas teknologi dan latihan reka bentuk menggunakan pen 3D secara kreatif.
🔹 Modul 2: Arduino Robotik – Line Tracer Workshop
Pengenalan kepada asas pengaturcaraan dan aplikasi robotik melalui pembinaan robot pengesan garisan.
💡 Inisiatif ini sejajar dengan hasrat MOSTI untuk merakyatkan sains, mengarusperdanakan inovasi dan membentuk generasi celik teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content