Skip to main content
News

Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik MOSTI 2021-2025

2 November 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang mengadakan Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik MOSTI 2021-2025 yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts Dr Hj KSU, Setiausaha Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari bermula 1 hingga 3 November 2023 bertujuan untuk membangunkan Pelan Strategik MOSTI 2024-2030 sejajar dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) 2021-2030.
DSTIN 2021-2030 ialah dasar nasional yang menjelaskan peranan MOSTI sebagai peneraju Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara. Selaras dengan itu, warga MOSTI perlu memastikan aspirasi dan objektif dalam DSTIN 2021-2030 tercapai. Usaha ke arah itu telah dimulakan dengan penjajaran semula Pelan Strategik MOSTI dengan DSTIN 2021-2030.
Skip to content