Skip to main content
News

‘Brisk Walk’ Puspanita Cawangan MOSTI

21 November 2024, Putrajaya – MOSTI melalui Puspanita Cawangan MOSTI telah mengadakan sesi riadah dengan ‘Brisk Walk’ bermula dari bangunan MOSTI menuju Jejak Sisiran seterusnya ke Masjid Putrajaya dan berpatah semula ke MOSTI.

Program ini disertai oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Datin Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita MOSTI.
Program sebegini diharapkan dapat mengekalkan gaya hidup sihat terutamanya dalam kalangan warga kerja MOSTI. Kekal Sihat, Kekal Cegas. #kukuhkanimunitibadan
Skip to content