Skip to main content
News

Cradle Anniversary Dinner

By 2023-08-09#!31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:005431#31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:00-9+08:003131+08:00x31 18am31am-31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:009+08:003131+08:00x312023Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800479478amFriday=321#!31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:00+08:008#August 18th, 2023#!31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:005431#/31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:00-9+08:003131+08:00x31#!31Fri, 18 Aug 2023 09:47:54 +0800+08:00+08:008#No Comments
8 Ogos 2023, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi focal point ekosistem startup Malaysia di bawah MOSTI, telah menyumbang sebanyak RM1.83 bilion kepada KDNK negara melalui program geran dan pelaburan sejak penubuhannya pada tahun 2003.
Cradle telah memenuhi mandat utamanya, iaitu untuk membiayai usahawan startup tempatan dengan menyalurkan geran sebanyak RM255 juta kepada lebih 1,000 usahawan. Penerima geran Cradle juga telah menyumbang RM830 juta kepada KDNK negara, yang mana mereka mencatat kadar pengkomersilan tertinggi dalam kalangan penyedia geran kerajaan pada 100% untuk geran pengkomersilan, dan 76% untuk program geran prototaip. Sehingga kini, penerima geran Cradle telah menyediakan lebih daripada 80,000 peluang pekerjaan.
Sementara itu, program pelaburan Cradle – Cradle Seed Ventures (CSV) dan DEQ800, telah menyumbang sebanyak RM1 bilion kepada KDNK negara melalui 43 portfolio pelaburan, dan memperoleh pelaburan susulan bernilai RM182 juta. Sehingga kini, usahawan yang dibiayai oleh program CSV dan DEQ800 telah menyediakan lebih daripada 1,000 pekerjaan.
Dalam usaha untuk memastikan kelangsungan impak positif, mandat Cradle telah dikembangkan melangkaui pembiayaan geran untuk meliputi program pembinaan kapasiti seperti Coach and Grow Programme (CGP) yang menawarkan bimbingan kepada startup peringkat awal. Sehingga kini, CGP telah memberi manfaat kepada lebih daripada 1,500 peserta melalui 5,000 jam sesi bimbingan.
Susulan pengumuman Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030, Cradle berperanan untuk membentuk dasar startup negara serta menyelia 16 intervensi komprehensif yang merangkumi lima bidang utama, iaitu pembiayaan, bakat, inovasi, dasar dan peraturan serta ekosistem pasaran, dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 ekosistem startup terbaik di dunia menjelang 2030.
MYStartup, komuniti dipacu data yang diperkenalkan oleh MOSTI dan digerakkan oleh Cradle, berfungsi sebagai salah satu intervensi di bawah SUPER 2021-2030 dengan matlamat untuk memacu pembangunan ekosistem startup negara. Sehingga kini, inisiatif MYStartup telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 pemain industri. Portal MYStartup juga telah menerima lebih daripada 70,000 daripada lawatan (website visits), yang mana lebih daripada 4,000 merupakan pengguna berdaftar dan 3,500 startup.
Mengulas mengenai pencapaian Cradle, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang berkata pengiktirafan yang diperoleh Cradle melambangkan dedikasi tenaga kerjanya yang sentiasa berusaha untuk memartabatkan usahawan serta mendorong perkembangan ekosistem startup tempatan.
Bertemakan “20 Tahun dalam Memangkin Impak dan Inspirasi Pertumbuhanโ€, Cradle telah menganjurkan majlis penghargaan untuk meraikan ahli-ahli Cradle dan pemain industri yang telah menyumbang kepada kejayaan ekosistem startup negara.
Sebanyak empat (4) buah anugerah telah diberikan ketika majlis sambutan tersebut.
๐Ÿ† Pengasas Wanita Terbaik (Best Female Founder) – Nadhra Fauzi, Pengasas Bersama, TresGo Sdn Bhd
๐Ÿ† Pengasas Lelaki Terbaik (Best Male Founder) – Adrian Yap & Naysan Munusamy, Pengasas, MoneyMatch
๐Ÿ† Bakal Startup Berjaya (Most Promising Startup) – Chai Kok Chin, Pengasas, NEUON AI
๐Ÿ† Anugerah Pilihan Cradle (Cradle Startup Choice) – Jimmy How, Pengasas, Involve Asia
Skip to content