Skip to main content
News

Cradle Live ! Roadshow Melaka 2026

3 Ogos 2026, Melaka – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah menghadiri Cradle LIVE! Roadshow Melaka 2026 yang berlangsung di MITC, Melaka.

Program ini menghimpunkan pengasas syarikat pemula, pemain industri, agensi kerajaan serta rakan ekosistem bagi membincangkan peluang, cabaran dan bentuk sokongan yang diperlukan untuk memperkukuh pertumbuhan syarikat pemula di peringkat negeri dan nasional.
Dalam ucapannya, YBrs. Puan Norsham menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan, industri, pelabur dan institusi penyelidikan dalam mempercepat pengkomersialan teknologi, memperluas akses pasaran serta membina ekosistem inovasi yang lebih kukuh.

Beliau turut melawat reruai pameran dan berinteraksi dengan para peserta bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perkembangan, keperluan dan potensi syarikat pemula yang terlibat.

Dalam program yang sama, YBrs. Puan Norsham turut menyempurnakan pelancaran Cradle LIVE! Summit 2026 serta mengumumkan pembukaan pendaftaran bagi sidang kemuncak tersebut.

𝐂𝐫𝐚𝐝𝐥𝐞 𝐋𝐈𝐕𝐄! 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐢𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔 akan berlangsung pada 𝟒 & 𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 di 𝐓𝐡𝐞 𝐀𝐫𝐜𝐡 𝐆𝐚𝐥𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫.

Pendaftaran kini dibuka di:
Skip to content