16 Disember 2024, Selangor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025-2030 sebagai strategi jangka panjang yang komprehensif untuk mengatasi pelbagai cabaran sosioekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia.
Menyedari kepentingan penyelesaian yang inovatif dan efektif, DIS akan memperkasakan masyarakat tempatan melalui pendekatan ‘Local Issue, LocalTechnology & Local Benefit’. Usaha ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip Environment, Social, Governance (ESG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama danPembangunan Ekonomi (OECD).
Inovasi sosial adalah agenda global yang kian diberi tumpuan sebagai wadah dalam menangani cabaran sosio ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang dalam ucapannya telah menyebut bahawa inovasi sosial menawarkan pendekatan inklusif yang menggalakkan penyertaan pemaju teknologi dan bakat tempatan sebagai pemangkin dalam pembangunan penyelesaian inovatif, termasuk di peringkat akar umbi.DIS merupakan dasar sektoral yang menyokong Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.
DIS menjadi asas strategik untuk menangani cabaransosioekonomi melalui pemerkasaan inovasi sosial sebagaiagen perubahan dalam memacu peningkatan ekonomi negara berteraskan Sains, Teknologi, Inovasi danEkonomi (STIE). Melalui DIS, kerajaan berhasrat untuk mencipta solusi yang praktikal dan berimpak tinggi bagi mengatasi cabaran-cabaran sosial di peringkat akar umbi seperti kemiskinan, kesenjangan pendidikan dan isu kesihatan yang membelenggu masyarakat yang berdepan dengan keterbatasan fiskal.
MOSTI akan berperanan sebagai peneraju, penyelaras, pemudah cara dan pemantau pelaksanaan DIS manakala Yayasan Inovasi Malaysia bertindak sebagai rakan pelaksana inisiatif inovasi sosial.