Skip to main content
News

Dron Pengawasan Dan Penghantaran Telah Diaktifkan Bantu Mangsa Banjir Dan Usaha Pemulihan

By 2021-12-24#!31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:002831#31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:00-4+08:003131+08:00x31 30pm31pm-31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:004+08:003131+08:00x312021Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +08001641612pmThursday=321#!31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:00+08:0012#December 30th, 2021#!31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:002831#/31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:00-4+08:003131+08:00x31#!31Thu, 30 Dec 2021 16:16:28 +0800+08:00+08:0012#No Comments
24 Disember 2021, Putrajaya – Lebih 20 unit dron telah diaktifkan bagi operasi bantuan pemulihan banjir termasuk kerja-kerja pemantauan dan penghantaran bekalan kritikal seperti ubat-ubatan, makanan dan powerbank di beberapa kawasan di Selangor.
Usaha ini diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Pasukan Petugas Kecemasan Perkhidmatan Dron Khas (PTK2Dron) yang diselaraskan oleh Technology Park Malaysia (TPM) dengan sokongan beberapa syarikat dron tempatan menggunakan dron pemantauan dan penghantaran kepada mangsa-mangsa banjir dengan usahasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Unit Bencana Negeri Selangor.
Penghargaan juga kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Kementerian Pengangkutan di atas kerjasama rentas kementerian bagi tujuan kelulusan penerbangan dron.
Dron pemantauan dan penghantaran khas ini telah digerakkan ke beberapa kawasan terjejas banjir di Selangor antaranya di Taman Sri Muda, Kampung Lombong dan Lanchong, Kampung Lanchang Jaya, Taman Alam Indah, dan Kampung Jalan Kebun.
Pengendalian dron ini telah diuji lebih awal di Perak pada bulan Oktober 2021 dan didapati adalah efektif dari segi penjimatan masa serta kos sebagai alternatif kepada kaedah logistik seperti menggunakan bot. Dron-dron ini juga telah diuji untuk penghantaran ke lokasi yang mencabar dari segi geografi, termasuk ke ruang pendaratan yang sempit dan terhad.
Syarikat-syarikat teknologi dron yang terlibat adalah VStream Revolutions, Meraque Services, Alphaswift Industries, Aerodyne Group dan GeoPrecision bagi usaha pemantauan khususnya di daerah Petaling dan Kuala Langat. Syarikat Meraque bersama responden pertama dan Pharmaniaga telah menguruskan operasi penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron di kawasan yang terjejas akibat banjir di Selangor.
Skip to content