Skip to main content
News

Ekspo Transformasi Pendidikan Vokasional Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

By 2013-09-15#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:002831#31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:002+08:003131+08:00x312020Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +08000920912pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:00+08:0012#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:002831#/31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:28 +0800+08:00+08:0012#No Comments

???????????????????????????????

 

JOHOR BHARU(15 September 2013) –Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 sempena Ekspo Transformasi Pendidikan Vokasional Peringkat Kebangsaan Tahun 2013.Majlis ini berlangsung di tapak Padang A, Plaza Angsana, Johor Bharu.

Ekspo ini bertujuan untuk mempromosi pendidikan vokasional dan Kolej Vokasional (KV) secara khusus kepada masyarakat. Ia juga memberi peluang kepada murid Kolej Vokasional mempamerkan hasil kerja, rekacipta dan inovasi mereka kepada orang ramai. Pada tahun 2012, pihak MOSTI telah memberi peruntukan sebanyak RM625,000 kepada KPM bagi melaksanakan pertandingan Inovasi dan pada tahun 2013 peruntukan terpaksa dikurangkan kepada RM500,000 namun KPM masih mampu menjayakan program ini dengan cemerlang. “Walaupun peruntukan yang diberikan pada tahun ini kurang sedikit daripada tahun sebelumnya tetapi saya dapat  lihat penganjuran yang lebih gemilang dengan pengisian yang lebih padat dari tahun sebelumnya” tambah Timbalan Menteri MOSTI itu tadi.

Majlis Penutup tersebut yang disempurnakan oleh Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pelajaran, Kementerian  Pelajaran MalaysiaPengarah Jabatan Pelajaran Johor dan juga Timbalan Poengarah Pengoperasian Sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional selaku penganjur serta jemputan yang terdiri daripada para pegawai kanan MOSTI dan juga KPM, Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri , Pengarah-pengarah Kolej Vokasional, Pengetua-Pengetua sekolah dan orang ramai disekitar Johor Bharu.

Dalam ucapan penutup itu, beliau juga menyatakan bahawa MOSTI merupakan kementerian yang menjadi peneraju kepada inovasi. Ia bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam membudayakan inovasi kepada masyarakat secara meluas tetapi juga berperanan memastikan aspek komersil produk inovasi itu. Tambah beliau “ini kerana inovasi yang hebat tidak akan bermakna jika produk itu tidak dikomersilkan”.

Datuk Dr. Abu Bakar sempat meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam Pertandingan Inovasi Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang menjadi acara kemuncak dalam penganjuran ekspo tersebut. Kolej Vokasional Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai pemenang pertama dan membawa pulang trofi beserta wang tunai RM 1,500 untuk kategori Inovasi Produk Murid (KV dan SMT).

Skip to content