16 Jun 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di KLCC.
Persidangan Energy Asia 2025 berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2025 dijangka menjadi medan penting buat Malaysia serta negara-negara serantau menilai kemajuan dan memperkukuh komitmen dalam usaha mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih.
Bertemakan ‘Delivering Asia’s Energy’, persidangan ini diadakan ketika rantau ini berada di ambang transformasi ekonomi yang memerlukan keseimbangan antara pertumbuhan mapan dan kelestarian alam sekitar, selaras dengan peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh baharu (TBB) serta penerapan teknologi hijau baharu.