27 November 2024, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menyampaikan ucaptama di “FMM Energy Efficiency & Conservation Conference 2024” yang berlangsung di Petaling Jaya.
YB Tuan Chang Lih Kang berkata “Malaysia komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45% menjelang 2030. Dalam usaha merealisasikan matlamat ini, MOSTI telah melancarkan Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR) pada tahun 2023, yang menjadi pelan strategik untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan, kemajuan teknologi, dan memperkukuhkan kedudukan negara dalam rantaian bekalan hidrogen serantau”
Melalui HETR, Malaysia beraspirasi menjadi peneraju global dalam ekonomi hidrogen dengan sasaran menghasilkan 16 juta tan hidrogen setahun menjelang 2050.