17 November 2025, Fuzhou – High-level Thematic Dialogues telah diadakan di Fuzhou Strait International Conference and Exhibition Center, China. Ucaptama telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia. Dalam ucaptama tersebut, beliau memaklumkan kerjasama ASEAN-China sebagai kerjasama yang berpanjangan di mana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama”.
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Pengerusi Malaysia-China Business Council telah mewakili Malaysia sebagai ahli panel dalam Sesi Dialog “Technological Innovation and AI-Powered Digital Economy”.
Dalam sesi dialog tersebut, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah mengutarakan pendekatan bagi menyesuaikan teknologi untuk memenuhi keperluan pembangunan di Negara Anggota ASEAN secara umum dan di Malaysia secara khasnya, serta secara kolektif untuk mempromosikan inovasi teknologi dan mencapai ekonomi digital yang maju demi visi bersama.
Usai sesi dialog, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah ditemuramah oleh Global Times. Dalam sesi temuramah tersebut, beliau telah berkongsi perspektif Malaysia terhadap potensi kerjasama ASEAN-China dalam ekonomi digital.




