25 Oktober 2025, Putrajaya – Tuan Yang Terutama Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Republik Persekutuan Brazil telah diberikan penghormatan Istiadat Sambutan Rasmi Negara sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Dataran Perdana, Putrajaya hari ini.
Ketibaan TYT Presiden Brazil disambut oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Istiadat dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, diiringi dentuman meriam kehormatan dan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Sambutan rasmi ini turut dihadiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara,YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); serta Menteri-menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian.
Lawatan rasmi oleh Presiden Republik Persekutuan Brazil ke Malaysia ini mencerminkan hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua buah negara.
Kredit Foto/Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia




