Skip to main content
News

JABATAN KIMIA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI KEDAH MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-5

By 2012-07-01#!31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800p0131#31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 10pm31pm-31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800p5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800015013pmFriday=321#!31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 10th, 2017#!31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800p0131#/31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Fri, 10 Mar 2017 17:01:01 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

 

Alor Star, 1 Julai 2012 – Jabatan Kimia Malaysia yang wujud lebih sedekad (103 tahun) lalu dan mempunyai 14 rangkaian makmal di seluruh Negara mencatatkan kenangan manis apabila makmal cawangannya di Negeri Kedah menyambut ulang tahunnya yang ke-5 pada hari ini.

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah ini disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam ucapan perasmiannya, Maximus berkata, “Negeri Kedah  sememangnya terkenal sebagai ‘rice bowl of Malaysia’kerana negeri ini kaya dengan hasil padi dan merupakan pengeluar beras utama Negara. Dalam memastikan kualiti beras Negara menepati piawaian antarabangsa dan memuaskan standard keperluan pelanggan dan pengimport, ia perlu di analisis dan di sinilah letakknya peranan Jabatan Kimia Malaysia”.

Beliau turut mengulas kewujudan makmal Kimia Kedah yang menelan belanja RM17.2 juta dalam RMK9 dan telah dilengkapi dengan peralatan saintifik ini menujukkan komitmen Kerajaan Pusat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik  kepada pelanggan dan rakyatnya khususnya di dua negeri Utara Semenanjung iaitu Kedah dan Perlis. Jika sebelum ini semua analisis makmal perlu dihatar ke Jabatan Kimia Cawangan Pulau Pinang yang mengambil masa lebih daripada tiga jam, tetapi dengan kewujudan Jabatan Kimia Cawangan Kedah ini telah dapat memendekkan masa, menjimatkan kos dan tenaga. Lokasi yang strategik berdekatan dengan lebuhraya, lapangan terbang dan pusat Bandar juga memudahkan para pelanggan dan rakyat berurusan dengan jabatan ini.

Sementara itu, Encik Ahmad Ridzuan Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia berkata, “sejak mula beroperasi pada tahun 2007 dengan jumlah perjawatan hanya 52 orang, makmal Kimia Kedah ini telah Berjaya menyelesaikan banyak kes di mana pada tahun 2011 sahaja sebanyak 11,510 kes telah berjaya diselesaikan dan peratusan kes pula bertambah 15% setiap tahun.

Antara khidmat analisis yang ditawarkan oleh makmal Kimia Kedah adalah perkhidmatan Sains Forensik khususnya berkaitan dadah berbahaya, racun berjadual, ganja dan dadah sintetik termasuk daun ketum dan kes-kes jenayah kenderaan. Perkhidmatan analisis bagi kes-kes pemantauan termasukan kualiti air minum, air sungai dan tasik bagi industri pertanian dan perikanan, alam sekitar, kes-kes penyeludupan barangan komoditi bercukai  seperti rokok dan minuman keras dan barangan kepenggunaan. Pada masa hadapan, khidmat analisis saintifik Kimia Kedah akan ditambah secara berperingkat supaya seiring dengan permintaan dan perkembangan semasa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Jabatan Kimia juga sentiasa mengadakan kolaborasi strategik dengan agensi-agensi luar dan dalam Negara bagi meningkatkan profesionalisme, kepakaran dan kemahiran para pegawai dan kakitangan di samping mendekatkan diri dengan rakyat melalui program-program komuniti dan kemasyarakatan.

Turut berlangsung adalah penyerahan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025 daripada wakil Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia kepada Pengarah Jabatan Kimia Cawangan Kedah yang mengiktiraf kualiti pengurusan dan perkhidmatan analisis saintifik makmal cawangan ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penduduk tempatan, para jemputan selain daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pihak Swasta, wakil-wakil media dan para pelanggan serta pesara Jabatan Kimia Malaysia.