05 Jun 2025, Putrajaya – Hari ini warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkumpul di Atrium Peterana MOSTI dalam Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, mantan Ketua Setiausaha MOSTI yang kini menyambung khidmat bakti di Kementerian Pendidikan Malaysia.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI turut sama hadir dalam Majlis ini.
YB Tuan Chang Lih Kang mewakili warga MOSTI, jabatan dan agensi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim atas segala jasa, iltizam dan kepimpinan beliau dalam memacu agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Beliau bukan sahaja menyuntik nafas baharu dalam budaya kerja MOSTI, tetapi juga menyemai semangat bahawa “Sains itu seksi” dan “MOSTI luar biasa” .
Selamat maju jaya dan semoga terus menginspirasi dan menyumbang ilmu untuk generasi akan datang.